Tuesday, October 26, 2010 | By: Art For ALL......

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar




Renungkanlah video ini..
             Ana dah beberapa kali menonton video ini...ana baca setiap isi yang ada dalam video ini. Tanpa disedari menitik air mata ini ke pipi..Betapa sedihnya ana apabila mengetahui betapa besarnya pengorbanan Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kepada  umatnya...Baginda begitu sayang kepada umatnya sehinggakan Baginda menangis apabila mendapati umatnya tidak berjaya masuk ke syurga ALLAH SWT...Dititian sirat apabila Baginda melihat umatnya bergayut, Baginda akan menarik tangannya dan membangunkan dia kembali...Lihatlah betapa sayangnya dan kasihnya Baginda terhadap umatnya...jadi kita sebagai umatnya, cintailah Baginda, kerana Baginda amat menyayangi kita semua..InsyaALLAh...

    Sesungguhnya ALLAH telah berfirman  dalam surah al-Taubah, surah 9, ayat 24 yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). 


0 comments:

Post a Comment