Thursday, July 21, 2011 | By: Art For ALL......

Ambition vs Abortion

video
Jap...jap...jap..jap...jangan skrol lu...tengok video ni dulu....
          Sebelum tu...salam blogger kepada semua......daripada video tu ap yang korang dapat muhasabahkan?
 Bagi ana sendiri...banyak yang dapat dimuhasabahkan...kat dunia sekarang especially kat malaysia...bnyak berlakunya kes pembuangan bayi....dah pandai buat...bayi yang dikandungkan menjadi mangsa..memang tidak ada perikemanusiaan langsung!!!..luahan hati yang meronta-ronta terhadap si ibu yang tidak bertanggungjawab ini...video ini memberi pengajaran kepada sape2 yang melakukan perkara terkutuk ini...bahawa anak yang dikandungkan meronta-ronta inginkan kehidupan seperti orang biasa..bukan dibunuh untuk menyenangan diri sendiri...bayi yang belum sempat bernafas di tempatkan di tepi tong sampah...di sungai...xada rasa simpati langsung terhadap bayi yang ingin merasakan kehidupan didunia...insaflah wahai ibu2 yang melakukan perkara terkutuk ini....fikirlah sebelum buat keputusan untuk menghancurkan nyawa seorang bayi...sesungguhnya Allah SWT tahu apa setiap perkara yang dilakukan oleh hambanya....


Mak (FAZIDAH BT KAMIS)...ana bersyukur kerana ana tidak seperti bayi yang di dalam video itu...I love you sooooooooo much.....

Wednesday, April 20, 2011 | By: Art For ALL......

PERSAHABATAN......


Untuk kali ni aku belum bercadang untuk mula menceritakan mana-mana insan bergelar kawan lagi..tapi aku akan mula nanti.Nanti!Jangan tekan Alt+F4 lagi..Baca ni:

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa…..
Kecuali diri sendiri tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran
Seorang sahabat, begitulah juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.
Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.

Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami. Yang selalu berada di sisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.

Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?

Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yang hanya bercerita…..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat…..

Sebagai kekuatan…..
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan…..Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan…..Kita tidak tahu.
Tetapi….. jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu…..

RENUNGILAH…
HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DI SEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA…..
Saturday, March 12, 2011 | By: Art For ALL......

Sang murabbi......



 Assalmualaikum w.b.t......

Pejalanan hidup sang murabbi Ustaz Rahmat yang dilakonkan semula oleh beberapa pelakon yang memberi kesan yang mendalam kepada diri pelakon yang melakonkannya dan saya rasakan dari pendokong Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang memang seronok dan sedih untuk ditontoni dikala kita kepenatan dalam melaksanakan kerja-kerja dakwah dalam memperjuangkan agama Islam....... 

filem ini begitu memberi kesan yang mendalam kepada para penonton kerana dapat memperingati perjuangan Ustaz rahmat dalam menegakkan agama Islam...Begitu pengorbanan beliau amat kita sanjungi dalam menegakkan agama Islam....Walaupun filem ini sudahpun melebihi setahun lamanya ditayangkan.Namun sukar untuk saya gambarkan betapa filem ini penting untuk ditontoni berbanding dengan filem-filem lain..supaya kita dapat thu bagaimana pengorbanan seorang hamba Allah dalam memperjuangkan agama Islam dalam di dunia yang fana ini.......
  Saya ingin rekomenkan di sini,supaya kepada sesiapa yang belum menonoton cerita ini...tontonlah filem ini...kerana ia bnyak memberi impak yang positif kepada kita...Kita selaku muslim hendaklah thu bgaimana kehidupan seorang pendakwah islam...Allahu Akbar!!!!!!